Khamis, 3 November 2011

Bakar Rumah Rakan Kerana Unfriend di Facebook

Ni kes naya ni yo.


Jennifer Christine Harris (gambar), 30 tahun dari Des Moines, didakwa menyebabkan kebakaran ke atas rumah rumah Jim dan Nikki Rasmussen.
Pegawai bertanya kepada Jim Rasmussen jika ada sesiapa yang disyaki mahu mencederakan keluarganya dan dia memberikan nama Jennifer "Jen" Harris. Beliau berkata Harris merupakan seorang kawan lama isterinya tetapi mereka kini terlibat dalam satu pertikaian/perbalahan.

Satu laporan polis mengatakan Nikki Rasmussen pula ditanya mengenai Jen Harris, dia berkata "... kedua-duanya tidak lagi berkawan kerana suatu pertikaian di Facebook. Menurut Nikki, Jen marah dengannya kerana menamatkan persahabatan mereka di Facebook."

Gara-gara putus kawan kat Facebook, dia nak bakar pula rumah kawan dia. Psiko giler yo. Woah! Inilah bahayanya Facebook kalau digunakan membabi-buta-tuli.


0 comments:

Catat Ulasan

Korang sangatlah dialu-alukan untuk tinggalkan komen. Abadikan kata-kata korang di kamar komen ini.

Maklumbalas korang bolehlah improvekan Whoa! Corner. (^^,)

Note: You can use some HTML tags, such as <b>, <i>, <a>


Tekan 'Like' tanda SUKA dan 'Tweet' tanda SOKONG!

Menarik dari Blog lain