Khamis, 12 Januari 2012

Sense of Humor S. Samy Vellu

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Selain rambut, kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun antara yang paling dirindui bagi mewarnai politik di Malaysia. Seperti Perdana Menteri sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, berikut merupakan antara kenyataan-kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh one and only, Samy Vellu.

TOP TEN

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini tol saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang kenyataannya paling kelakar sepanjang zaman tahap gusi basah tak henti ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini. Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Semoga beliau baik-baik sahaja.


[pelbagai sumber di facebook]

1 comments:

ctiza berkata...

walaupun cerita lama, i gelak guling-guling jugak...!

Catat Ulasan

Korang sangatlah dialu-alukan untuk tinggalkan komen. Abadikan kata-kata korang di kamar komen ini.

Maklumbalas korang bolehlah improvekan Whoa! Corner. (^^,)

Note: You can use some HTML tags, such as <b>, <i>, <a>


Tekan 'Like' tanda SUKA dan 'Tweet' tanda SOKONG!

Menarik dari Blog lain