Isnin, 31 Oktober 2011

Syaitan Bernama Zouzoula Bongkar Rahsia Illuminati

2 comments
Assalamualaikum~

Korang pasti tahu tentang illuminati bukan? Ramai juga tahu akan keburukan yang dibawa oleh Illuminati tapi sengaja buat tidak tahu. Betul kan? Ok, tentang Illuminati korang tau tapi Zouzoula korang mesti tak tau kan. Korang tengok ni. Syaitan nama Zouzoula membongkar rahsia Illuminati. 


Sangat menggemparkan. Lil' Nganga mohon agar kita terus dilindungi dari fitnah akhir zaman yang kian meruncing.

Program Kurus dalam Tempoh 6 Bulan

0 comments
Korang percaye tak kalau Lil' Nganga cakap gambar ni sebelum dan selepas kat bawah ni diambil dalam jarak masa 6 bulan sahaja. Gile! Hebat mamat ni.


Gambar pertama tu diambil May 2011, gambar kedua tu pada 22 Oktober 2011. Mamat  ni bernama Drew Manning merupakan seorang trainer kesihatan badan. Ini salah satu projeknya yang kononnya selepas dia menaikkan badan dalam tempoh 6 bulan, dia akan menurunkan berat badanya semula pula dalam 6 bulan akan datang. Kerja gila mamat ni.

Kita tunggu hasilnya nanti yer...

[sumber]

Kolam Renang Teknologi Moden yang Cool

1 comments
Pool ni boleh pula bertukar jadi lantai. Kejap korang mandi, kejap lagi korang boleh lari-lari, pastu korang boleh mandi semula. Canggih yo!


Ramai juga yang tunggu ade benda camni. Hah! sekarang dah ade, pegi la rebut kat market. kahkahkah!

[sumber]

Tertidur Ketika Temuramah Secara Live

0 comments
Enak je Harry "Day-O" Belafonte tidur time nak ditemuramah ye. Baik punye lentok. kahkahkah!


Hah, tu la layan WWE: Smack Down lagi tiap malam. hahaha!

via

Whoa! Reese Witherspoon Ditikam?

2 comments
Kahkahkah! Lawak antarabangsa.


[sumber]

Parkour versi India Trainkour

0 comments
Parkour korang tau kan. Asal dari Perancis. Parkour versi India korang tau tak? Korang saksikan ni.


Amacam? Mengagumkan tak?

#Only in India

Ahad, 30 Oktober 2011

Hire Me #2

0 comments
Korang dah tengok ka versi Hire Me sebelum ni Lil' Nganga kongsikan? Kali ni korang mesti nak putus sendi kentut tengok versi Hire Me yang ini pula. Siap buat video doh. kahkahkah!

Resume berbentuk video biasanya merupakan kaedah yang berkesan untuk menarik perhatian majikan. Dalam video ni George Turnbull yang agak yakin dengan gaya penampilannya mampu memberikan jawatan yang diimpikan. Korang nilaikan.


Hahaha! Watdehel.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Epic Battle: Tokek vs Ular

0 comments
Woah! Gila eh. Tokek (cicak yang besar tu, yang regenye mahal dulu tu) tu selamatkan tokek yang yang lain yang dicengkam ular. Benda ni berrlaku kat Thailand.


Semangat setia kawan yang kuat. Binatang tu. Korang ade?

Apa Angka Kelahiran Korang di Planet Bumi?

1 comments
31 Oktober ini dijangkakan 7 billion manusia telah lahir ke bumi. BBC mencipta satu tool yang membolehkan korang mengetahui korang manusia ke berapa yang lahir ke bumi berdasarkan tarikh lahir korang.


Korang juga boleh cek:
• Populasi negara, dan;
• Peratusan gender.


Jumaat, 28 Oktober 2011

You! Hire Me!

1 comments
Zaman sekarang nak cari kerja bukan senang-senang macam dulu. Sekarang semua pun kena bersaing. Korang kena pandai nak amik hati bakal majikan korang. Korang bukan saja perlu ada kelulusan yang tinggi tapi perlu juga daya komunikasi yang efektif untuk impress penemuduga. Tapi kalau semua cara pun tak dapat, korang cuba pula cara ni.

Ni barulah kretip. Kahkahkah!

Rabu, 26 Oktober 2011

Muammar Gaddafi adalah Hero

2 comments
LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?


Graf Terma dan Syarat

0 comments
Graf ni menunjukkan statistik tentang individu yang menanda kotak "Saya telah membaca terma dan syarat".


sumber | diubahsuai ke Melayu oleh Lil' Nganga

Edin Dzeko Ejek Ballotelli

0 comments
Korang dah tengok Ballotelli kepayahan nak pakai bib sampai dibantu oleh pembantu jurulatih. Haha.

Edin Dzeko rakan sepasukannya pula mengejek Ballotelli semasa sesi latihan. kahkah!


via

Isnin, 24 Oktober 2011

Whoa! Manchester City 6 Manchester United 1

4 comments
Juara tak semestinya selalau menang kan. Tapi kalau dibelasah 6-1 tu boleh masuk dalam kategori the worst nightmare wooo.


Kembang kempis hidong Roberto Mancini. Kemain bangga lagi ye.

kahkahkah!

Ramalan Kematian Gaddafi 2011

0 comments
Sebuah rancangan sitcom yang ke udara pada tahun 1987 telah meramalkan bahawa Muammar Gaddafi akan mati pada 2011.


Memang dorang dah plan. Rancangan ni sebagai petunjuk. Jadi bila dah betul-betul berlaku, nak tunjukkanlah dorang ni hebat meramal pastu jadilah kekarutan. Nonsense amedicka ni.

via

Sabtu, 22 Oktober 2011

Sejarah Che Guevara

0 comments
Hah, kepada bebudak yang kononnya rebel yang selalu pakai t-shirt Ernesto Che Guevara tu wajib nonton video ni. Video oleh Jeremiah Warren.


[sumber] | via

Cara Menukar Water Cooler - Tutorial

0 comments
Mencuba itu baik dan ini adalah caranya bagaimana menukar water cooler.


Tak caye? Percayelah.

Betul kan..kan..kan? Kahkahkah!

[sumber]

Whoa! Gorilla Breakdance

0 comments
Zola si gorilla berusia 9 tahun dari Zoo Calgary suka breakdance dan pandai breakdance. Zola ni juga suka bermain air.


Hebat Zola ni ye. Kalau dia main bola kompem lagi hebat. Dah nama pun Zola. kahkah!

via

Jumaat, 21 Oktober 2011

Zoom Out Sikit Je Lagi

3 comments
Zoom out sikit der. Sikit je, sikittt...


its.mai.bet.hey.dey!

Portal Super Mario Bros

0 comments
Siapa tak kenal Super Mario. Semua kenal dan akan terkenang zaman muda-mudi bila tengok Super Mario ni. Tapi dalam video ni, Mario upgrade siot. Ada portal dan boleh pergi ke portal yang lain. Cool wey!


Ni masih versi beta lagi. Full version belom release lagik.

Korang boleh main game Super Mario Bros kat PC korang. Boleh download kat sini. Tapi bukan yang versi portal ye.


Prankster Kena Se-das Kat Muka

3 comments
Prankster Youtube Jack Vale pegilah kentut dekat isteri lelaki berjambang. Lelaki tu pun marah, kenalah se-das. Baru hang rasa. Hooray!!


Itu engko, keje sebagai prankster ni kene tahanlah ye. Kalau orang yang pikiran tak macam pikiran engko, memang wajar lah kena se-das kat muka. 

That's the price. Haha.

Video Terpanjang di Youtube

0 comments
Ade juga orang mereng nak buat bende ni ye. Video kat Youtube yang berdurasi 596 jam bersamaan 24 - 25 hari. Keje gile. Mesti keje dia tengok dinding, pastu tengok cermin, lap meja, pastu tengok cermin, pastu baring kat katil, pastu dapat idea buat video ni. That's how this video were created.

watdehel!


[sumber]

Khamis, 20 Oktober 2011

Battle of Facebook vs Google Plus

0 comments
Persaingan laman sosial masa kini: Facebook vs Google Plus


 Who will win?

[sumber]

Motorsikal Predator Superb!

0 comments
Gila-bebeng punya design. Rumit nak mampos. Tapi hasil mantop tak ingat. Cantek tak?


That's how to design a huge bike!

[sumber]

Pemandu Wanita dalam X-Games

0 comments
Bahaya yo!


watdehel!

[sumber]

Razor Planking

0 comments
Sebelum ni Lil' Nganga ada post entri tentang seni planking. Kali ni pasal planking juga tapi kononnya planking versi baru. 

#Razor Planking. Menarik jugak la. Kretip kretip!

Whoa! It's Hang On Woody

0 comments
Korang mesti tau filem Toy Story kan. Mesti kenal Woody Si Cowboy. Dalam filem ada babak Woody tergantung kat belakang kereta. 

Hang on Woody. Cool yo!


Nak satu, nak satu!

via

Anatomi Ikan Duyung

0 comments
Tuuuu dia imaginasi kalau terlebih tinggi boleh buat apa jak yang tak terjangkau akal.

Macam real jak anatomi duyung ni kan. Hebat!

Klik imej untuk paparan perkasa!

[sumber]

Shinji Saito Pakar Yo-Yo

0 comments
Korang tau kan apa tu Yo-Yo. Benda yang bertali dan berpusing-pusing tu la. Lil' Nganga dulu masa kecik dulu champion juga dikalangan kengkawan yang lain. Kahkah!

Shinji Saito juara kejohanan Yo-Yo 2011. Inilah sebabnya;


Hebat kan. Yo-Yo yo

[sumber]

Rabu, 19 Oktober 2011

Evolusi Fesyen 100 Tahun

0 comments
Evolusi fesyen di Timur London 100 tahun dalam masa 100saat. Fesyen bermula 13 Sept 1911 - 13 Sept 2011.


Lil' Nganga tak la pandai sangat berfesyen. Tapi boleh-bolehlah. Haha!

[sumber]

Superman Bersosial di Google+

1 comments
Susah juga ye superhero nak buat akaun laman sosial sendiri. Hahaha!


Ade baiknya kau laser saja PC tu Superman. kahkahkah!

[sumber]

Horsemaning Tiada kaitan Dengan Kuda

0 comments
Iya, tiada kaitan dengan kuda. Horsemaning ni pun dianggap planking juga, planking level baru katanya. Apa-apa saja la. Horsemaning ni gaya bergambar seolah-olah korang dah terputus kepala. Pengertian horsemaning dari official page diorang kat Facebook,
“Horsmaning,” or fake beheading, was a popular way of taking pictures in the 1920s. It's currently experiencing a revival and is basically the new planking.
Semuanya bermula dari gaya bergambar pada tahun 1920. Kendian kini dijadikan sebagai trend planking la pulok.

Inilah gambar pada tahun 1920-an yang dimaksudkan.

Ini pula pelbagai variasi horsemaning.

Statistik Pengguna Sarikata Filem

0 comments
Asal tengok movie je, kita ni suka ada subtitle. Ni ade fakta mengatakan kenapa tengok movie nak pakai subtitle. 

kahkahkah!

[sumber]

Seni Ninja Turtles kat Hidung

3 comments
Kahkahkah! Inilah betul-betul lawak. Camna la boleh terpikir benda camni. Boleh pula Ninja Turtle bertengek kat hidung.

Fanatik GTA

0 comments
Apa tu GTA? Kalau korang gamer korang tau lah. GTA tu Grand Theft Auto. Game ni ganas siot. Masuk dalam kategori violence. Sesuki hati je nak bunuh, terajang, tembak, langgar orang. Si Freddie Wong ni special effect artist dan juga fanatik GTA ni.

Tengok hasil special effect yang dia buat. Cool yo!


Amacam? Lil' Nganga ternganga gak kejap.

[sumber]

Selasa, 18 Oktober 2011

Kacamata Berkumis

0 comments
Ini lah ciptaan kacamata ter-cool Lil' Nganga tengok. Sesuai sangat untuk lelaki yang takde hormon bermisai tu. Tak payah nak laser lagi untuk tumbuh kumis. Pakai je spek ni.

Hahaha!



Sarung iPhone Kreatif Iaitu Earonic

0 comments
Untuk sapa-sapa yang ada iPhone tu bolehlah bergaya dengan sarung iPhone yang cantek ni. Ade corak telinga, kalau korang on-call, macam telinga korang tembus jek ngan casses ni.

Kretip kretip!

 

Korang nak ke sarung? Boleh beli kat sini: CollabcubedShop

[sumber]

Seni Planking

0 comments
Apa tu planking? Ia satu permainan berbaring menghadap lantai. Dah banyak orang main planking ni. Lil' Nganga pun tak berapa pandai nak bagi terang korang. Nah, ini definisi planking yang Lil' Nganga dari Wikipedia,
"Planking" (or the "Lying Down Game") is an activity consisting of lying face down in an unusual or incongruous location. The hands must touch the sides of the body and having a photograph of the participant taken and posted on the internet is an integral part of the game. Players compete to find the most unusual and original location in which to play. The term planking refers to mimicking a wooden plank. Rigidity of the body must be maintained to constitute good planking.
Pelbagai tempat dorang ni planking.

Cara Tidur yang Betul

0 comments
Yang pasti korang pun pernah alami benda camni kan.


Jangan mimpi basah sudah. Hahaha!

[sumber]

Gaya Rambut Hollywood

0 comments
Korang terasa nak jadi hero dalam filem Hollywood tak? Korang print out je imej ni. Pastu korang bagi tengok barber. Pilih je potongan gaya mana yang korang nak.

Haha!

Klik je gambar untuk paparan perkasa!

[sumber]

Brunei Darussalam Sudah. Malaysia?

0 comments
Salam pembaca.

Lil' Nganga salut dengan Sultan Brunei ni. Tu pasal orang Brunei sangat sayang kat dia. Tegas dan bijak. Kita di Malaysia bila lagi nak laksanakan hukum Hudud? Sepatutnya hukum ni dah lama dilaksana. Taklah jadi macam-macam kes jenayah cam sekarang ni. Macam-macam ada.


Hiduplah kita dalam dunia serba serbi dengan keduniaan kat Malaysia ni.

Lil' Nganga suke jugop nengok kemasan terbaru Ustaz Azhar Idrus. Banyak jugo la ilmu berjaye ditimba. hehe.

Selamat beramal!

Isnin, 17 Oktober 2011

Si Mabuk yang Bangang

0 comments
Ni lah akibatnya kalau mabuk. dah tau minum arak tu bikin hilang waras, mau minum juga. Lil' Nganga stedi jek minum 100Plus. Tarak hal pon.


Apa kau rasa? hah, mabuklah lagi. Tak ke bangang namanya tu.

Kahkahkah!

Rekod Ber-Unicycle Atas Kepala Botol

0 comments
Kalau pecah botol-botol tu, barulah seswai sangat digelar pecah rekod. Hahaha!


Rekod dicipta oleh Lutz Eichholz, ber-unicycle sejauh 8.93 meter.

Bolehlah bagi setepuk. Tepuk sekali je. kahkahkah!

Illusi Dot Merah

0 comments
Korang tengok kat tengah tu, yang titik merah tu. Tenung je lama-lama. Pastu korang tengok ape jadi.

Amazing yo!

Inilah illusi mata. Korang nampak apa yang Lil' Nganga nampak? Apa dia?

[sumber]

Facebook vs Peluang Mendapatkan Kerja

1 comments
Forbes telah menjalankan survey terhadap penggunaan Facebook dan kesannya pada peluang anda mendapatkan kerja.

Klik gambar untuk paparan perkasa!

Berhati-hatilah kamu guna Facebook ya, majikan sekarang ni bijak. Tengok Facebook je leh tau dah nak amik keje ke tidak.

[sumber]

Whoa! Ini Superman Filipino

1 comments
Sorang mamat dari Filipina, Herbert Chavez, 35. Herbert ni sangat obses dengan watak Superman. Mungkin dia pun nak merasa jadi hero kot. Jadi, kerana terlalu obses dia pun buat pembedahan plastik untuk menyerupai Superman.

Evolusi Fesyen Steve Jobs

1 comments
Pemergian Steve Jobs pasti dirasai oleh penggemar teknologi pintar. Lil' Nganga tak kesah pasal gajet ni. Asal ada cukuplah. Ini ada yang sanggup berabis duit nak beli henpon baru walau tak cukup duit sara hidup. . Tu namanya bodoh tak pikiq.

Korang tengok dress Steve Jobs sama je dari tahun 1998. Malas nak pikir pasal pakaian kot. Takde masa, terlalu bizi nak invent new-tech.

Evolusi Dressing Steve Jobs.

Sekurang-kurangnya Steve Jobs tak la mengada-ngada nak berfesyen macam orang sekarang ni. Fesyen je lebih. Steve Jobs tak berfesyen tapi bijak.

Dibelasah Nenek Berusia 70-tahun

0 comments
Oleh kerana wanita itu, Hattie Yvonne Branch merasa budak umur 14 tahun mengejek dan membulinya, nenek tersebut hilang sabar dan menerkam budak tersebut.


Nenek perkasa ini telah dikenakan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan menyerang remaja.

Nenek Hattie ni besa tengok wrestling kot. Siap menggigit pula tu. Kahkahkah!

Inovasi Teknologi Steve Jobs

0 comments
Ada-ada saja. Tapi ada juga benarnya. haha!


Gunakan teknologi ke arah yang bermanfaat.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Terkejut Katak dalam Nightmares Fear Factory

0 comments
Tengok je muka diorang ni, terkejut ya amat. Kelakar juga reaksi wajah mat salleh ni bila terkejut ye. Siap terlompat-lompat beruk daa. hahaha!

Tempat ni nama dia Nightmares Fear Factory terletak di Canada. Kononnya memang sangat menyeramkan kat situ. 

Macam-macam aksi. Sampai berpelukan. Termasuk lelaki pun sama. Tapi korang berani ker?

Whoa! Nenek 91 Tahun Bungee Jump

0 comments
Gile berani nenek ni. Ni jenis makan spinach la ni. hahaha!


[sumber]

Tekan 'Like' tanda SUKA dan 'Tweet' tanda SOKONG!